SURAH AN NAML (SEMUT)
طس تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُبِينٍ
هُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dengan basmalah aku mulakan bisikan hati yang terukir dengan pena yang bergerak atas arahan jari jemariku, aku semakin seru dengan kehidupan harian yang terlalu sibuk dengan hiruk pikuk jadual susunan harianku. Perubahan demi perubahan berlaku dalam dunia aku pada hari ini, keadaan sekeliling tidak lagi sama dengan keadaan dahulu, semuanya menjadi baharu dalam sekelip mata. Aku bukannya menulis untuk mengeluh atau menyesal namun hasil kehidupan ku ini insyaAllah akan menjadi tatapan di hari kemudian. Rakan-rakanku di alam pekerjaan aku telah menjadi seribu kenangan, ramai jugak di kalangan kawan sepekerjaanku itu telah meninggalkan premis tersebut yaitu si kilang desa murni. Aku bukannya tidak setuju atau tidak redha dengan pemergian sahabatku itu namun apa lah daya jika sahabatku pergi demi keselesaan dihari kemudian, bermakna mereka telah maju dan terus maju..
Bercakap mengenai pergi, bukan berarti meninggal dunia tapi mereka pindah dan dapat kerja yang lebih baik lagi. Pada mulanya, supervisor aku, Razlin namanya yang pertama kali keluar kerja dan dapat kerja di Besut dengan pangkat Timb Pengarah Perikanan, boleh tahan gaji dia, walaupun aku jarang bermesra tapi dia sering tanya aku soal agama so aku ada jugak kenangan manis dan saham aku dengan dia,hehe.. sahabatku tadi juga telah keluar yaitu Jimie,anak sulung dalam keluarga, tengok dari gaya macam umur 20 tapi dah umur 27, tak sangka pulak setua itu. Orang dia punye lah spoting, yang aku citer dahulu dalam episod dulu, dia ni lah yang share citer2 ngan aku.hehe..wal hal dia masih lagi berhutang citer dengan aku so kalu dia tak ingat, korang tolong peringatkannya deh.huhu..
Kilang desa murni terletak di Pulau Rusa, just nak peringatkan yang aku cume pekerja kilang yang baru capai 2 bulan lebih menurun bakti disana, walaupun aku tidak lagi arif mengerti tentang pergerakan kilang, namun aku cukup terasa bahangnya kerana perubahan yang dibuat sungguh mendadak. Jadual pekerja telah ditukar dan yang aku teliti, jadual terbaru ini lebih menyeksakan dari yang tersedia ada seksa. Bak kata kawan aku, “jadual kafir telah bermula lagi”, bila aku kaji rupanya dahulu kilang ni telah beroperasi demikian pada awal pembukaannya dahulu dan kembali begini semula selepas dari perasmian batik digital yang baru. Katenya mahu memecah record, tapi hakikatnya memecah kepala orang. Mesin tanpa henti, tidak lah mengapa tapi manusia bukannya robot yang pakai letrik macam mesin. Sejak belakangan ini ramai yang tidak sepenuhnya hadir bekerja, maklum la, badan manusia..malas, benci, demam semuanya ada..
Pabila demikian, maka ramai lah orang baru yang dipanggil untuk temuduga dan masuk kedalam shif aku, ada 3 orang. Perubahan demi perubahan sehingga lah sampai tahap kecuaian operator mesin di ambil tindakan, walhal tindakan tersebut dengan memotong gaji tapi siap kene panggil dan kaunseling lagi. Kawan baru aku Adam pun sempat kene panggil, padahal baru sebulan, aku dengar dia dah berhenti, myb peraturan ketat sangat, aku sendiri pun tak berkenan.
Buat waktu ini, aku berkawan rapat dengan wan fakri, dia ni nampak jer ganas dan nakal tapi peramah, aku banyak jugak berkongsi suka-suka dengan dia, saje untuk hilang mengantuk.
Oke lah, cukup di sini sahaja. Tak nak la ngomong lebih2, nanti ada kesalahan susah gue.
Pada suatu ketika zaman dahulu kala, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin dalam semua hal samada baik dan buruk semuanya dianggap suatu kerja dan dipandang rajin, tidaklah ada yang malas melainkan hanya segelintir dikalangan mereka. Ketika Raja mengetahui akan hal itu, lalu raja ingin melihat rakyatnya rajin dan tidak malas, pada suatu hari, Raja mengumpulkan rakyat jelata dan bertanya siapakah yang diantara kalian yang malas dan atas alasan apakah kalian malas?. Lalu bangunlah seorang dan berkata “saya adalah yang paling malas, kalau saya hendak makan, ada orang yang suapkan”. Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi dan berkata: “saya lebih malas lagi dari dia tuanku, kalau saya makan pun ada yang sampai tolong kunyahkan”. Lalu Raja pun terdiam...Lalu datanglah seorang budak lelaki sambil berkata: “saya adalah yang paling malas”. Raja pun bertanya: “bagaimana tahap kemalasan kamu?. Budak itu pun berkata: “nak cerita pun malas....”.huhu..
Hari ini aku telah insaf dan sedar bahwa kesilapan kelmarin telah mengajar aku untuk berdiri semula, soal mengantuk aku telah atasi dengan baik dan teratur. Tidur aku cukup untuk menghadapi suasana malamku dengan kerja yang lebih baik lagi. Aku ditetapkan menjaga mesin no2 yang selalu aku jaga setiap malam, pada hari itu kawan aku Azmi tidak hadir dan Azrai yang telah ambil tempat Azmi. Aku try la sembang dengan Azrai, maklum la baru nak berkenalan, orangnye tinggi lampai, umur baru jer 20 tahun, tinggal di Paloh, dia kenal la dengan Boem. Aku tak mboh jugak tahu lebih dalam, takut nanti tersentuh dengan politik, susah la nak bersaing. Setakat ni aku cuba sedaya mungkin untuk tidak mendedahkan identity sebenarnya, takut-takut nanti aku dipersisihkan. Oh ye, pasal Azrai ni baik orangnye, lurus dan aku percaya dia ni boleh dipercayai dan dia ni agak bersendirian sikit. Aku cuba bertanya dengan dia kenapa bekerja disini, dia cakap la dah setahun, ketika tu baru habis STPM, hajat dia nak sambung Universiti tapi tak dapat sebab pointer rendah, punye la menyesal tak sudah. Aku cerita la pasal adik aku dapat panggilan U, dia pun tanya kenapa tak masuk, aku jawab la sebab dah masuk politeknik. Rugi betul katenye, yang nakalnye, dia nyesal siap buat sekali dengan memek muka lagi.
Kekadang aku sedih jugak sebab harapan dia menggunung nak belajar tapi tak dapat. Aku cume berharap agar dapat bertemu lagi dengan dia dengan memberi pesanan bahawa belajar itu tidak la semestinya dibangku sekolah saja, di segala tempat ada ilmu dengan berbekalkan kemahuan dan kesungguhan niat di hati, maka akan berjayalah seumur hidup. Dan ingatlah bahwa belajar itu hingga ke liang lahad. Sekadar itulah moralnya.k
Pada hari ini telah menjadi seorang yang berdikari kerana aku telah ditukarkan kepada shif malam, lupa pulak nak maklumkan bahwa kilang aku ni ada shif, pagi, petang dan malam. Kebetulan aku boleh malam so semalam aku dah belajar mengendali mesin sendirian tapi kadang-kadang aku tanya jugak orang sebelah sebab aku dikelaskan oleh supervisor dengan orang baru, so ramai la yang nak bagi tunjuk ajar, pendek kate tolong menolong laa.
Kali ini semuanya aku buat sendiri, tiada lagi cikgu yang duk melihat dan memerhatikan perbuatan aku tapi sebelum ni aku duk di bawah telunjuk cikgu je sampai bila aku nak buat sendiri pun jadi kaget.
Tangan aku penuh dengan cat sebab terlalu gaduh buat kerja, like machine la katakan, kalu tak laju daripada mesin, jawabnye hancur la kain-kain putih tu. Aku lupa nak bagitahu bahwa kelmarin aku dah ade gunting sendiri so senang ckit tak pinjam-pinjam yang orang lain punya.gunting tu aku bawak sentiasa supaya tidak hilang, kalu hilang jugak kene denda rm10, waduh..mahal dari beli sendiri pulak.
Aku telah berkenalan dengan Azmi, Khairul dan supervisor Razlin. Siap aku diperkenalkan dengan Juru Techician Hafis jika berlaku kerosakan mesin. Diorang tanya aku sekolah kat maner so aku kabo je la baru habis belajo kat Indonesia, degree usuluddin. Lalu Razlin pun tanya la kenapa tidak mintak kerja kat lain, kan dah pangkat Ustaz. Aku pun segan la nak kabo, almaklum la aku ni setara maner la belajar, cukup makan pas-pas gitu je. Dah la diorang ni siap panggil aku ustaz lagi, yang nakalnya, Azmi dan Khairul tanya la aku name diorang yang Bahasa Arab ni maksud ape, aku hentam la orang yang berazam dan kebaikan. Lepas dari tahu tu diorang pakat ajuk masing-masing. Khairul ni boleh tahan la muka diye, ala mat rempit gitu, azmi pun ape lagi asyik ajuk khairul baik10x.punye la lembut nada diye macam nak nak kharul belanje makan, macam kucing nak keropok aku dengar.hehe.. Razlin pun mendengar perbualan diorang ni selepas itu dia pulak tanya maksud name dia, aku jawab tak tahu la, pelik sangat, kalu maksud Ruzlan (kijang)..razlin ni tak puas hati la name dia tak tahu maksud, dia pun banyak la bertanya masuk sini tahu maner? Aku pun kabo la yang Hafis ejas untuk aku, punya la dia marah kat Hafis, susah-susah jer perkenalkan aku dengan Hafis, siap bersalam macam baru kenal la..dia pun perli la kat Hafis pandai berlakon, macam hero Hindustan je.hehe. mane ketidaknye, hafis dari darjah lima lagi aku kenal, abang diye tu kawan sekelas, main bola satu padang lagi.
Aku mengantuk?? Tak der la, aku dah minum air Nescafe, sempat la segar mata sampai pagi. Sesekali aku jugak ngomong dengan Azmi, diye banyak bercerita pasal pengalaman diye bekerja buat kain kat Gong Badak, punye la susah katenya, kije 12 jam, gaji cume ckit dan tak patut la. Untuk pengetahuan korang, kat kilang aku pakai aircond tahu, sejuk jugak laa sebab tu aku pakai jaket, kalu ada sarung tangan dan setokin, aku rela je pakai, nak bungkus-bungkus badan macam Santa pun lagi tak per.hehe..
Hari ni adalah hari pertama aku kerja malam, kalu dah duk dalam kilang tu, macam tak tahu siang ke malam sebab asyik ceroh jer, mesin pun 24jam bergerak, kalu berhenti pun masa nak salin gulungan kain ataupun mesin rosak tapi sekejap je la, kan dah ada juru technician so mudah la ckit.
Moralnye, walaupun anda bekerja kat maner dan ape sekali pun kerja anda, ingat la background kita. Sentiasa la bersedia untuk mencurahkan segala mutiara yang telah diambil dan hormatlah kepada ilmu karena keberkatannya terletak pada buruk baik penjagaan kita.k
Barak Allahu Lakuma
We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Kenapakah terdapat najis mata selepas tidur?
Semasa kita tidur, lemak akan terkeluar dari kelopak mata lemak ini dapat membantu kita memejamkan mata dengan lebih ketat supaya pengewapan air mata dapat dielakkan. Si samping itu, lemak ini dapat melembapkan kornea dan menyingkirkan habuk ke pangkal mata, itulah sebabnya terdapat najis mata selepas tidur.
Berapa lamakah berus gigi dapat digunakan?
Mungkin anda akan rasa membazir apabila berus gigi ditukar baru selepas sebulan., biarpun berus kelihatan rapi setelah sebulan, namun banyak bakteria bersembunyi didalamnya. Bakteria ini akan membengkakkan gusi gigi dan menimbulkan penyakit salur penghadaman dan penafasan.
Kenapa kita tidak boleh menyiram bungi pada hari panas?
Tumbuhan akan layu dan mati kalai kita menyiramnya pada hari panas, kenapa? Kerana tanah tanih masih panas, sedangkan air sejuk. Pengembangan dan pengucupan serentak akan menyebabkan akar tumbuhan patah. Oleh itu, lebih elok kita menyiram tumbuhan pada waktu pagi atau malam.
Kita akan bertambah cerdik kalau banyak makan ikan?
Banyak makan ikan dapat membantu perkembangan otak dan akal kerana ikan mengandungi DHA yang diperlukan untuk pertumbuhan sel-sel otak. Kalau badan kita kekurangan DHA, daya ingatan seseorang akan merosot.
Mengapakan nanas direndam dalam air garam sebelum dimakan?
Nanas mengandungi bromelaim yang akan meransang lapisan luar mulut dan lidah. Oleh iy, kita ras pedih setelah makan nenas. Kalau nenas direndam dalam air panas, ini akan menyekat tindak balas bromelain terhadap lidah dan mulut kita. Lagipun nenas yang telah direndam dengan air garam lebih manis rasanya.
Kenapakah semalu terasa malu apabila disentuh?
Daun semalu akan menguncup apabila disentu kerana hendak melindungi dirinya. Apabila hujan, daunnya akan menguncup untuk mengelakkan dirinya daripada dipatahkan. Terdapat kelopak yang berisi air pada tangkai daun, apabila kelopak daun itu terganggu oleh sesuatu , air dari kelopak itu akan meleleh ke kedua-dua belah daun itu, daun menguncup. Selepas itu daun akan kembang seperti biasa.
Rumput pelindung bumi?
Rumput membebaskan oksigen dan menyerap karbon dioksida. Selain itu, rumput melindungi tanah-tanih, menyerappasir dan abu, merendahkan suhu dan melembapkan alam sekitar. Hanya 20% daripada permukaan bumi dilitupi rumput, terutamanya padang rumput di Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Australia.
Kenapah manusi nak hapuskan tapak sulaiman?
Tapak sulaiman kelihatab macam binatang jinak dan comel tapi tidak sebenarnya. Makanan utamanya adalah kerang-kerangan, anak ikan dan batu terumbu. Kalau tapak sulaiman terbiar membiak saja, ekologi laut akan dirosakkan.
Tumbuhan tahu minta pertolongan?
Percaya tak tumbuhan akan minta pertolongan apabila ditmpa bencana? Saintis di Australia pernah terdengar bunyi ‘ke da ke da’ dari sawah yang kering kontang. Ini akibatnya daripada kenaikan kadar penyerapan air dalam salur xilem tumbuhan. Apabila tumbuhan kena cahaya dalam kegelapan, tumbuhan akan mengeluarkan bunyi. Hanya peralatan yang canggih sahaja yang dapat mengesan bunyi ini.
Kenapakah terdapat tapak sulaiman yang abnormal bentuknya?
Adakalanya kita nampak tapak sulaiman yang berbucu 5 yang tak sama panjang bucunya. Ini kerana tapak sulaiman akan lucutkan salah satu kaki daripada badannya apabila diserang musuh. Kakinya yang sudah patah itu akan tumbuh semula, mungkin saiznya akan lebih pendek daripada kaki asalnya.
Kenapakah kerang tak mati dalam cengkeran tertutup?
Terdapat 2 liang di belakang cengkerang kerang-kerangan. Kedua-dua liang ini bagai sistem pernafasan., perkumuhan dan pembiakan kerang-kerangan. Makanan boleh dibawa masuk oleh air melalui liang itu. Setelah penghadaman dan penyerapan makanan, kumuh-kumuhan akan dibawa keluar oleh air melalui liang itu juga. Jadi kerang-kerangan takkan mati dalam cengkerang yang tertutup.
Mengapakan ikan meloncat ke permukaan air?
Apabila air kekurangan oksigen, ikan akan meloncat keluar dari air untuk menyedut oksigen yang terkandung dalam udara. Lebih-lebih lagi pada waktu malam, tumbuhan dalam air akan mula menyerap oksigen dan membebaskan karbon dioksida. Akibatnya oksigen dalam air mula berkurang, ketika itu, ikan akan berebut-rebut meloncat ke atas permukaan air untuk menyedut udara segar.
Mengapakah dasar kapal mesti disapu dengan cat yang beracun?
Kalau dasar kapal tidak dicat dengan cat yang beracun, kerang-kerangan dan benda hidup akan menumpang hidup di dasar kapal. Kelajuan kapal akan terjejas oleh timbunan ini. Benda-benda hidup laut akan mati apabila menyentuh cat yang beracun ini dan tak larat menumpang hidup di dasar kapal lagi.
Bagaimanakah topeng gas dapat menyekat racun?
Topeng gas diliputi karbon teraktif. Biasanya karbon ateraktif berbintik hitam atau dalam bentuk serbuk, unsur ini dapat menyerap gas yang beracun dan menyekat racun daripada masuk ke dalam badan kita.
Semakin lama air dididih, semakin bagusnya?
Kita patut matikan api apabila air mendidih. Air mengandungi bahan logam dan nitrik. Kalau air dijirang lama-lama, pengewapan air akan berlaku, kandungan logam dan nitrik dalam air akan bertambah pekat. Setelah minum air ini, denyutan jantung menderas dan akan menyebabkan sesak nafas. Oleh itu, janganlah menjerang air yang sudah mendidih.
Pernahkah awak makan kertas beras pulut?
Kebanyakan gula-gula di balut dengan kertas nipis yang separuh lutsinar, itulah kertas beras pulut yang boleh dimakan. Biarpun kertas ini dikenali sebagai kertas beras pulut, tapi bukan dibuat dengan beras pulut. Sebenarnya kertas ini diperbuat dengan ubi, jagung dan tepung gandum.
El-iNdoNeSy.bLoGsPot.cOm Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Free Blogger Templates © 2008