Hari ini aku dapat seorang kawan, namenya Lukman Harun. Bukan kenal sangat, aku yang intai nama dia kat kertas repot, satu lagi sebab dia ada jaga mesin kat sebelah aku so kekadang terdengar jugak mulut murai dia, orangnye tak pernah diam, asyik nak bercakap saja, tapi mujur jugak dia wak bising, gimik sikit tempat kerja, kalu nak harapkan aku, memang tak pandai la, dah la hari ni aku bosan giler, campur plak letih so memang tak cakap banyak la. Si lukman ni asyik nak ajak aku sembang, aku malas la, tak de mood langsung, akhir sekali aku angguk-angguk dan senyum-senyum..habis cite..
Dalam pada bosan-bosan gitu, maka segala hal dan ilham pun, kekadang aku terpikir sendiri, camner la nak buat tak ngantuk? Nak berjalan-jalan pun malas. Oleh itu aku pun menyanyi la macam idola kecil yang baru nak belajo, setakat ni tak de la melalak-lalak macam lukman, aku nyanyi dalam hati n suk seh ckit jer. Habis lagu tubik, mane yang ada dalam benak otok aku ni, keluar belake, walaupun sekerat atau pun serangkap, aku teruskan nyanyi jugak. Tapi satu jer yang aku heran, si lukman ni aku tak leh nak baca lagi camner peribadi diye, tau-tau je la kalu dah banyak bercakap, selain dari pandai kutuk orang dan usik-usik anak dare yang kije kat situ, diye jgk pandai hiburkan hati diye mase diye bosan, habis lagu xpdc, masuk lagu search, pastu kalu dah habis idea nyanyi dikir pulak. Tapi ada satu mase aku terdengar diye mengaji Qur’an, siap lancar lagi. Pelik jugak, dalam hati aku berkata bahawa diye ni bukan orang sembarangan la, myb dari sekolah arab jugak kot. Satu lagi yang aku terkejut lukman ni berlawan cakap dengan seorang perempuan pasal kahwin. Orang puan ni marah la sebab si lukman ni acah nak kahwin 4 orang. Lukman pun jawab dalam keadaan muke selambe, diye kate dalam al-Qur’an pun sebut 2 dahulu, lepas tu 3 n 4, sedangkan kenapa tak sebut satu jer tapi kalu nak lebih atas alasan berkemampuan la, keistimewaan nabi lain pulak, Nabi kahwin 12orang, ada nabi yang sampai 100 orang. Terkejut jugak aku dengar hujah diye, orang puan ni buat tak tahu n lari anak-anak itik.nakal betul.hehe
Moralnya kali ini menyentuh pasal sebuah hadis yaitu mafhumnya : barang siapa tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkata-kata baiklah dan jika tidak ada apa-apa untuk diucapkan maka senyaplah.
0 ulasan:
Post a Comment