Kelakar jugak gelaran bagi aku, kene buang sifat malu la, kan itu jugak rezeki halal, lagi pula walaupun aku pegang degree, tak semestinya aku dapat kerja sepatutnya, kan.. aku masih lagi pasrah dan masih lagi mahu belajar bermasyarakat, cume aku berharap, aku dapat jadi contoh dikalangan mereka dan bukan aku yang ikut mereka. Madah dan tema hidup aku tuu..
Hari khamis??,
Bagi hidup aku, ada sedikit special aku nak kongsi dengan korang. Nak ikutkan hati, nak aja aku tunggu sampai minggu depan tapi aku amat tertarik dengan satu cerita, bertambah pula teman hidupku yang memberi inspirasi lagu dan sokongan untuk terus dalam pena ini.
Aku masih lagi terharu dengan pencapaian dakwah kecil aku, hari khamis kelmarin telah membuktikan kepada aku dengan lebih jelas lagi, sebelum ini aku hanya mendengar saja dia mahu sembahyang tapi kali ini aku melihat sendiri dia sembahyang.. aku cukup terharu melihat dia bertafakur diatas sejadah menghadap ilahi dengan penuh khusyuk, memang sangat menyentuh hati aku melihat dia, sedangkan aku sendiri sudah lama tidak melihat begitu khusyuk, mase duk dq n kudqi ada jugak la. Dalam benak fikiran aku, menafsirkan bahawa manusia yang belajar agama setelah berbuat maksiat, boleh lebih khusyuk sembahyangnya daripada pelajar asas agama, kerana aku pernah melihat kawan-kawan aku yang dari kecil belajar bersama tapi telah memilih jalan yang salah. Dari sekarang aku sedar betapa bernilai seorang kawan yang dapat menyedarkan kesilapan dikala kita lupa dan alpa. Dan dari sekarang juga aku berdoa agar kawan aku tadi akan selalu dibawah cahaya ilahi.
Wahai orang yang bertaubat, sekarang engkau sudah tahu maka teguhkanlah hatimu, engkau telah sampai maka selamatkanlah dirimu, engkau telah mendapatkannya maka peganglah ia dengan erat, majulah engkau dan janganlah engkau berdiam diri kerana pintu dihadapanmu masih terbuka lebar, pemberian dari Tuhanmu masih diberikan dan kemulian-Nya datang menemui di waktu pagi dan petang, penuhilah hidupmu dengan rahmat tuhan dan perlindungan dari Tuhanmu.