Hal mesin aku dah arif, pasang kain pun dah boleh, Cuma aku masih belum boleh mengawal seratus peratus, kalu leka sedikit dan kain yang aku pasang rosak, maka duit aku la yang melayang kerana atas kecuaian aku sendiri, boleh 3 4 kain yang rosak dan reject, maknanya tak berasap la dapur aku.hehe..
Dalam 2 minggu akhir ni, aku dah mulai berkawan dengan semua orang, ramai yang ajak ngomong dengan aku tapi aku tak pandai nak amik perhatian mereka dan selalu aja aku senyum dan sambung ayat mereka sikit-sikit. Zulhilmi, faez, mat nor dan syamsul, selalu aje mereka sembang tapi macam biasa la, aku dengan perangai aku la. Mujur la mereka paham keadaan dan pegangan aku.
Sekian aku bergaul dengan mereka, aku telah bertemu dan kenal dengan peribadi diorang, dan masuk dengan sifat aku ckit-ckit, seperti azmi suka dengan cerita-cerita, kalu jumpe dia je, mulai la sembang pasal Hindustan, cite P.Ramli dan sebagainye, kalu khairul partner sebelah aku ni suke dengan motor-motor, dia dari tingkatan 3 lagi dah pandai bab-bab motor, boleh la aku nak belajar ckit-ckit, aiman pula suka bab computer, tanya sokmo pasal game-game, aku terer jugak la, boleh wak sembang-sembang, pada mulut duk saje.
Ada lagi teman aku, zulhilmi, dia suke dengan bola, tanya aku minat pasukan ape, aku pun kabo la Juventus, lepas tu sengeh-sengeh, hehehe..aku mane la pandai bab-bab bola ni. Biasa jugak aku dengar diorang sembang pasal perlawanan, aku dengar je, kalu diorang tanya, aku nak jawab Brazil menang 2-0 lawan Arsenal semalam.huhu…
Hampir terlupa, aku nak cite pasal kawan aku yang tak solat ni. Segala misi dan visi aku telah aku lancarkan dengan beberapa idea yang aku piker sendiri. Pada awalnya minggu ini aku telah rancang plan aku dengan teliti, aku ubah penampilan aku dengan wajah yang baru, aku tiru gaya dia, dari segala hal aku telah kaji, maka terserlah la sedikit perubahan dalam diri aku, gaya rambut aku seakan dengan dia ckit tapi tak der la jangok sangat, aku masih lagi sedar dan waras. Dengan perubahan ini aku rasa aku telah dekat dengan dia dan aku slow-slow boleh kawal dia. Dalam minggu ini, aku sering kali mengeluarkan soalan-soalan tentang solat, dari teka teki kepada hukum hakam, aku sungguh berharap dengan soalan aku tanpa henti dan muhasabah aku dengan dia dapat menyedarkan hati dia dan aku berharap dia boleh menerima kehadiran aku untuk mengubah masa hadapannya kelak. Setakat ini aku amat bersyukur kerana misi dan visi aku semakin berjaya dan cerah kerana aku telah tersedar bahawa dia sudah mulai sembahyang. Dengan ini semoga Allah redha dengan perbuatan aku dan aku mohon keberkatanNya untuk terus berada atas jalan yang benar.
Moralnya, belajar la apa-apa pun selagi bernama ilmu yang baik, walaupun ilmu itu tidak diminati tapi ingatlah akan ada gunanya pada masa depan. Dan utamakan ilmu agama kerana ia untuk selama-lamanya.
0 ulasan:
Post a Comment