Thursday, 20 May 2010

Setelah itu


Pada kali ini aku kembali dalam dunia coretanku yang sekian meninggalkan sedikit bekasan juga sebekas pengalaman hidup. setiap saat, kita pasti tahu dan akan mengetahui gerak geri dan tingkah laku dalam kehidupan harian. bagaikan aku terhenyak dari mimpi dan menulis kembali kisah-kisah yang pasti akan aku lupa pada kemudian hari, begitulah manusia dengan sifatnya yang sering lupa, memang sepadan dengan gelaran 'haiwan natiq' sebagai manusia. kita seringkali mendengar bahwa manusia itu berhajat kepada pasangan hidup, namun ada juga yang tidak berhajat kerana terlalu sibuk dengan suatu pekerjaan ataupun perkara yang menyangkut soal negara, peperangan dan sebagainya yang tidak dapat ditangguhkan. sebaliknya bukan perkara ini yang aku nak ceritakan, tapi cuma sedikit yang menyentuh soal pasangan hidup dan masih lagi menyangkut masalah kawan-kawan di kilang aku. nama gelaran dia adalah Yo walhal nama sebenar Kh....l tapi tak per la, dah gelaran dan samaran tu aje yang dapat disebut. kisah Yo ni dah lama terpendam dalam hati sanubari para teman, so mereka akan teringat jika perkara itu diulang kembali, ini 1 babak cerita yang aku tidak tahu pada masa mane dan dimana ia berlaku, ceritanya berbunyi: maka datanglah hafis lalu bertanya kepada yo, apakah ciri-ciri yang disukai wanita? yo dengan serta kearifannya mengenai kesukaan wanita, beliau segera membilang jari jemari kepada beberapa perkara sehinggalah sampai pada bab perempuan suke orang lelaki yang beriman..lalu hafis mulai pancung, fuhh, pedih jugak, terasa tertusuk dada ditikam dek kata-kata yang bisa lagi tajam itu.walhal ciri-ciri tersebut keluaran sendiri tapi tertikam diri sendiri..bagi kita, barang siapa yang tidak solat, maka bukan dikalangan orang yang beriman..

SURAH AN NAML (SEMUT)
طس تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُبِينٍ
هُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Thaa Siin, (Surat) ini adalah ayat-ayat Al Quran, dan (ayat-ayat) Kitab yang menjelaskan, untuk menjadi petunjuk dan berita gembira untuk orang-orang yang beriman,(yaitu) orang-orang yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan mereka yakin akan adanya negeri akhirat.(ayat 1-3)

walaupun begitu, yo yang dulu telah bersalin kulit kepada yo yang baru,aku yakin dengan perubahan dan petunjuk hidayah tuhan kepadanya akan berterusan, namun sebenarnya aku juga cemburu kerana aku tidak terasa mengecapi hidayah sehingga tetesan air menangis di sejadah tapi aku masih bersyukur kerana aku berharap akan kekal bersama jalan kebenaran..aku juga sebenarnya tidak ingin menyinggung hati dan perasaan seseorang, cuma ingin berkongsi cerita juga luahan perasaan, walaupun aku sedar jika sebarang kawan aku yang terbaca dan mulai berasa hati,maka aku amat berharap supaya cerita ini tidak disalah anggap, just untuk pengajaran dan bukan untuk memperlekehkan sesiapa.

selamat datang buat saudara-saudara UIN..blog ini baru dibikin pada 14 January 2010 ..selamat menikmati ('',)
 

El-iNdoNeSy.bLoGsPot.cOm Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Free Blogger Templates © 2008