Sunday 30 September 2012
Friday 12 August 2011
Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa Ramadhan
- Pintu langit dibuka.
- Pintu-pintu syurga dibuka.
- Bulan yang penuh keberkatan.
- Salah satu malamnya adalah lebih baik dari seribu bulan.
- Ganjaran amalan sunat sama dengan solat fardhu.
- Solat fardhu mendapat ganjaran 70 kali ganda.
- Bulan kesabaran dan pahalanya adalah syurga.
- Bulan menambah rezeki.
- Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa ketika sebelum berbuka puasa dan doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan adalah pengampunan dan 10 hari terakhir adalah kemerdekaan dari api neraka.
* Puasa mengatur keseragaman ummat. Selama Ramadhan, umat berseragam dalam sahur dan berbuka, dalam bekerja dan beristirahat, serta dalam shalat, istighfar, dan bertobat kepada Allah. Lidahpun seragam dalam bertakbir, bertasbih, dan bertahmid sehingga tercegah dari kata-kata buruk dan menyakiti orang lain, menjauhi perbuatan keji dan munkar, mengisi hati dengan cinta kasih kepada sesama hamba Allah, selalu baik dan bersih lahir bathin, serta sabar meng- hadapi segala macam kesulitan hidup. (ulama)
* Imam Al Ghazali berkata, "Betapa banyak orang berpuasa yang sebenarnya berbuka, dan yang berbuka padahal ber- puasa. Yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum, tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa. Dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota tubuhnya (dalam perbuatan dosa).Thursday 20 May 2010
Setelah itu
SURAH AN NAML (SEMUT)
طس تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُبِينٍ
هُدًى وَبُشْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ بالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Wednesday 17 March 2010
Dua Bulan
Dengan basmalah aku mulakan bisikan hati yang terukir dengan pena yang bergerak atas arahan jari jemariku, aku semakin seru dengan kehidupan harian yang terlalu sibuk dengan hiruk pikuk jadual susunan harianku. Perubahan demi perubahan berlaku dalam dunia aku pada hari ini, keadaan sekeliling tidak lagi sama dengan keadaan dahulu, semuanya menjadi baharu dalam sekelip mata. Aku bukannya menulis untuk mengeluh atau menyesal namun hasil kehidupan ku ini insyaAllah akan menjadi tatapan di hari kemudian. Rakan-rakanku di alam pekerjaan aku telah menjadi seribu kenangan, ramai jugak di kalangan kawan sepekerjaanku itu telah meninggalkan premis tersebut yaitu si kilang desa murni. Aku bukannya tidak setuju atau tidak redha dengan pemergian sahabatku itu namun apa lah daya jika sahabatku pergi demi keselesaan dihari kemudian, bermakna mereka telah maju dan terus maju..
Bercakap mengenai pergi, bukan berarti meninggal dunia tapi mereka pindah dan dapat kerja yang lebih baik lagi. Pada mulanya, supervisor aku, Razlin namanya yang pertama kali keluar kerja dan dapat kerja di Besut dengan pangkat Timb Pengarah Perikanan, boleh tahan gaji dia, walaupun aku jarang bermesra tapi dia sering tanya aku soal agama so aku ada jugak kenangan manis dan saham aku dengan dia,hehe.. sahabatku tadi juga telah keluar yaitu Jimie,anak sulung dalam keluarga, tengok dari gaya macam umur 20 tapi dah umur 27, tak sangka pulak setua itu. Orang dia punye lah spoting, yang aku citer dahulu dalam episod dulu, dia ni lah yang share citer2 ngan aku.hehe..wal hal dia masih lagi berhutang citer dengan aku so kalu dia tak ingat, korang tolong peringatkannya deh.huhu..
Kilang desa murni terletak di Pulau Rusa, just nak peringatkan yang aku cume pekerja kilang yang baru capai 2 bulan lebih menurun bakti disana, walaupun aku tidak lagi arif mengerti tentang pergerakan kilang, namun aku cukup terasa bahangnya kerana perubahan yang dibuat sungguh mendadak. Jadual pekerja telah ditukar dan yang aku teliti, jadual terbaru ini lebih menyeksakan dari yang tersedia ada seksa. Bak kata kawan aku, “jadual kafir telah bermula lagi”, bila aku kaji rupanya dahulu kilang ni telah beroperasi demikian pada awal pembukaannya dahulu dan kembali begini semula selepas dari perasmian batik digital yang baru. Katenya mahu memecah record, tapi hakikatnya memecah kepala orang. Mesin tanpa henti, tidak lah mengapa tapi manusia bukannya robot yang pakai letrik macam mesin. Sejak belakangan ini ramai yang tidak sepenuhnya hadir bekerja, maklum la, badan manusia..malas, benci, demam semuanya ada..
Pabila demikian, maka ramai lah orang baru yang dipanggil untuk temuduga dan masuk kedalam shif aku, ada 3 orang. Perubahan demi perubahan sehingga lah sampai tahap kecuaian operator mesin di ambil tindakan, walhal tindakan tersebut dengan memotong gaji tapi siap kene panggil dan kaunseling lagi. Kawan baru aku Adam pun sempat kene panggil, padahal baru sebulan, aku dengar dia dah berhenti, myb peraturan ketat sangat, aku sendiri pun tak berkenan.
Buat waktu ini, aku berkawan rapat dengan wan fakri, dia ni nampak jer ganas dan nakal tapi peramah, aku banyak jugak berkongsi suka-suka dengan dia, saje untuk hilang mengantuk.
Oke lah, cukup di sini sahaja. Tak nak la ngomong lebih2, nanti ada kesalahan susah gue.
Monday 8 March 2010
tahap kemalasan
Pada suatu ketika zaman dahulu kala, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat rajin dalam semua hal samada baik dan buruk semuanya dianggap suatu kerja dan dipandang rajin, tidaklah ada yang malas melainkan hanya segelintir dikalangan mereka. Ketika Raja mengetahui akan hal itu, lalu raja ingin melihat rakyatnya rajin dan tidak malas, pada suatu hari, Raja mengumpulkan rakyat jelata dan bertanya siapakah yang diantara kalian yang malas dan atas alasan apakah kalian malas?. Lalu bangunlah seorang dan berkata “saya adalah yang paling malas, kalau saya hendak makan, ada orang yang suapkan”. Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi dan berkata: “saya lebih malas lagi dari dia tuanku, kalau saya makan pun ada yang sampai tolong kunyahkan”. Lalu Raja pun terdiam...Lalu datanglah seorang budak lelaki sambil berkata: “saya adalah yang paling malas”. Raja pun bertanya: “bagaimana tahap kemalasan kamu?. Budak itu pun berkata: “nak cerita pun malas....”.huhu..
Saturday 13 February 2010
Khamis??
Kelakar jugak gelaran bagi aku, kene buang sifat malu la, kan itu jugak rezeki halal, lagi pula walaupun aku pegang degree, tak semestinya aku dapat kerja sepatutnya, kan.. aku masih lagi pasrah dan masih lagi mahu belajar bermasyarakat, cume aku berharap, aku dapat jadi contoh dikalangan mereka dan bukan aku yang ikut mereka. Madah dan tema hidup aku tuu..
Hari khamis??,
Bagi hidup aku, ada sedikit special aku nak kongsi dengan korang. Nak ikutkan hati, nak aja aku tunggu sampai minggu depan tapi aku amat tertarik dengan satu cerita, bertambah pula teman hidupku yang memberi inspirasi lagu dan sokongan untuk terus dalam pena ini.
Aku masih lagi terharu dengan pencapaian dakwah kecil aku, hari khamis kelmarin telah membuktikan kepada aku dengan lebih jelas lagi, sebelum ini aku hanya mendengar saja dia mahu sembahyang tapi kali ini aku melihat sendiri dia sembahyang.. aku cukup terharu melihat dia bertafakur diatas sejadah menghadap ilahi dengan penuh khusyuk, memang sangat menyentuh hati aku melihat dia, sedangkan aku sendiri sudah lama tidak melihat begitu khusyuk, mase duk dq n kudqi ada jugak la. Dalam benak fikiran aku, menafsirkan bahawa manusia yang belajar agama setelah berbuat maksiat, boleh lebih khusyuk sembahyangnya daripada pelajar asas agama, kerana aku pernah melihat kawan-kawan aku yang dari kecil belajar bersama tapi telah memilih jalan yang salah. Dari sekarang aku sedar betapa bernilai seorang kawan yang dapat menyedarkan kesilapan dikala kita lupa dan alpa. Dan dari sekarang juga aku berdoa agar kawan aku tadi akan selalu dibawah cahaya ilahi.
Wahai orang yang bertaubat, sekarang engkau sudah tahu maka teguhkanlah hatimu, engkau telah sampai maka selamatkanlah dirimu, engkau telah mendapatkannya maka peganglah ia dengan erat, majulah engkau dan janganlah engkau berdiam diri kerana pintu dihadapanmu masih terbuka lebar, pemberian dari Tuhanmu masih diberikan dan kemulian-Nya datang menemui di waktu pagi dan petang, penuhilah hidupmu dengan rahmat tuhan dan perlindungan dari Tuhanmu.
Wednesday 10 February 2010
Dua Minggu Aku bekerja
Hal mesin aku dah arif, pasang kain pun dah boleh, Cuma aku masih belum boleh mengawal seratus peratus, kalu leka sedikit dan kain yang aku pasang rosak, maka duit aku la yang melayang kerana atas kecuaian aku sendiri, boleh 3 4 kain yang rosak dan reject, maknanya tak berasap la dapur aku.hehe..
Dalam 2 minggu akhir ni, aku dah mulai berkawan dengan semua orang, ramai yang ajak ngomong dengan aku tapi aku tak pandai nak amik perhatian mereka dan selalu aja aku senyum dan sambung ayat mereka sikit-sikit. Zulhilmi, faez, mat nor dan syamsul, selalu aje mereka sembang tapi macam biasa la, aku dengan perangai aku la. Mujur la mereka paham keadaan dan pegangan aku.
Sekian aku bergaul dengan mereka, aku telah bertemu dan kenal dengan peribadi diorang, dan masuk dengan sifat aku ckit-ckit, seperti azmi suka dengan cerita-cerita, kalu jumpe dia je, mulai la sembang pasal Hindustan, cite P.Ramli dan sebagainye, kalu khairul partner sebelah aku ni suke dengan motor-motor, dia dari tingkatan 3 lagi dah pandai bab-bab motor, boleh la aku nak belajar ckit-ckit, aiman pula suka bab computer, tanya sokmo pasal game-game, aku terer jugak la, boleh wak sembang-sembang, pada mulut duk saje.
Ada lagi teman aku, zulhilmi, dia suke dengan bola, tanya aku minat pasukan ape, aku pun kabo la Juventus, lepas tu sengeh-sengeh, hehehe..aku mane la pandai bab-bab bola ni. Biasa jugak aku dengar diorang sembang pasal perlawanan, aku dengar je, kalu diorang tanya, aku nak jawab Brazil menang 2-0 lawan Arsenal semalam.huhu…
Hampir terlupa, aku nak cite pasal kawan aku yang tak solat ni. Segala misi dan visi aku telah aku lancarkan dengan beberapa idea yang aku piker sendiri. Pada awalnya minggu ini aku telah rancang plan aku dengan teliti, aku ubah penampilan aku dengan wajah yang baru, aku tiru gaya dia, dari segala hal aku telah kaji, maka terserlah la sedikit perubahan dalam diri aku, gaya rambut aku seakan dengan dia ckit tapi tak der la jangok sangat, aku masih lagi sedar dan waras. Dengan perubahan ini aku rasa aku telah dekat dengan dia dan aku slow-slow boleh kawal dia. Dalam minggu ini, aku sering kali mengeluarkan soalan-soalan tentang solat, dari teka teki kepada hukum hakam, aku sungguh berharap dengan soalan aku tanpa henti dan muhasabah aku dengan dia dapat menyedarkan hati dia dan aku berharap dia boleh menerima kehadiran aku untuk mengubah masa hadapannya kelak. Setakat ini aku amat bersyukur kerana misi dan visi aku semakin berjaya dan cerah kerana aku telah tersedar bahawa dia sudah mulai sembahyang. Dengan ini semoga Allah redha dengan perbuatan aku dan aku mohon keberkatanNya untuk terus berada atas jalan yang benar.
Moralnya, belajar la apa-apa pun selagi bernama ilmu yang baik, walaupun ilmu itu tidak diminati tapi ingatlah akan ada gunanya pada masa depan. Dan utamakan ilmu agama kerana ia untuk selama-lamanya.
Saturday 30 January 2010
SeMinGGu LeBiH
Telah lama rasanya aku menyepi, kini aku hadir kembali untuk menstorykan pengalaman aku dalam dunia pekerjaan, maklum la, kita ni baru lagi dalam status ini, bukan nak bangga ataupun riya’, cume nak berkongsi pengalaman, mane la tau kot-kot ada yang lebih kurang dengan aku punye cerita, tapi korang jangan tuduh aku ciplak plak, ini asli woo..
Dalam tidak sedar, sudah lewat seminggu aku bekerja, banyak jugak story aku terkubur dalam ingatan, ada jugak yang terlupa, tapi biarlah yang lepas terus menjadi kenangan, yang baru kita cungkilkan kembali kan. Oke la, seminggu sudah aku menjalankan mesin yang lama dan juga seminggu sudah aku menjaga malam demi mencari sedikit rejeki, kini aku bertukar shif, aku ditugaskan menjaga mesin waktu petang, siap boleh mesin baru lagi, memang susah ckit nak faham cara-cara menggerakkan mesin baru tapi tak mengapa, mujur ada saing aku yang bernama Khairul, yang aku cite dulu, budak baik tapi nampak macam mat rempit. Biar la, asal dapat tolong aku dah la, hal lain, dia tanggung sendiri. Setakat ni, dah 4 hari aku pegang mesin baru, hari ini baru la dapat buat sendiri.
Dalam seminggu aku menyepi ni, banyak la asam garam yang aku tempuhi, seperti kelmarin aku kene warning ckit sebab tumpahkan air, setengah jam bersih bawah mesin, mujur tak ada rosak pape, berdebar jugak posen. Dalam pada penyelenggaraan mesin, memang aku tak serik mendapat luka, dah la luka kene print head tak sembuh lagi. Ini dah bertambah banyak, pedih-perit j wase, malang jugak.huhu
Aku juga telah ramai kenal kawan-kawan satu shif dengan aku, seperti Mohd Azmi, Zulhimi, Fakhri, Lan dan ramai lagi, pendek kata, aku tegur belake yang mana ada, kalu mulut tak bunyi, kita masih lagi ada senyuman, yee tak? setakat ini aku mampu tersenyum la, tapi yang biasanya, kebanyakan orang lain yang tegur aku dulu.hehe…
Aku baru sedar bahwa kawan aku ada lagi yang tak faham dengan hukum agama. Memang ramai yang tak faham agama, tanya aku pelbagai hokum, yabg tu biasa la, dah tanggungjawab kita kene jawab tapi yang pelik sorang ni saje, hokum wajib dibiarkan berlalu begitu saja, yaitu yang susah nak sembahyang yaitu kawan yang suke tolong aku, tak leh sebut la, maruah dia kan. Aku cube nak fahamkan tentang halal haram sama dia, cume aku takut nanti pergaulan aku akan tidak semesra dulu, sekarang ni aku cube dekati dia dengan bertanya latar belakang dia dulu, dia cerita la kisah pada dulu-dulu, habis sekolah baiki motor, memang terer la ckit-ckit, siap duk kedai motor kawan dia lagi. Lepas habis SPM baru masuk kerja kilang ni, usrah atau program2 kampung tak masuk, dia saing dengan orang besar-besar belake, sampai sembahyang pun tak tahu kemana. Pernah jugak supervisor sindir dia tentang solat, aku pun masuk sekali, kesian macam nak nangis dia aku tengok, senyap tak tegur sape.huhu..dari itulah aku bertekad untuk mencari jalan lain dalam misi dan visi aku dakwah dia selagi aku masih waras dan berada disamping dia dalam satu kilang, aku perlu berfikir dan mencari taktik baru untuk menyeru dia supaya kenal halal haram dan solat. Tidak cukup dengan sindir dan teguran, perlu jugak ada kesedaran, so taktik menyedarkan orang ni, aku kurang reti ckit, kene bertapa dalam gua dulu setahun.hehehe
Hari keenam aku bekerja
Hari ini aku telah insaf dan sedar bahwa kesilapan kelmarin telah mengajar aku untuk berdiri semula, soal mengantuk aku telah atasi dengan baik dan teratur. Tidur aku cukup untuk menghadapi suasana malamku dengan kerja yang lebih baik lagi. Aku ditetapkan menjaga mesin no2 yang selalu aku jaga setiap malam, pada hari itu kawan aku Azmi tidak hadir dan Azrai yang telah ambil tempat Azmi. Aku try la sembang dengan Azrai, maklum la baru nak berkenalan, orangnye tinggi lampai, umur baru jer 20 tahun, tinggal di Paloh, dia kenal la dengan Boem. Aku tak mboh jugak tahu lebih dalam, takut nanti tersentuh dengan politik, susah la nak bersaing. Setakat ni aku cuba sedaya mungkin untuk tidak mendedahkan identity sebenarnya, takut-takut nanti aku dipersisihkan. Oh ye, pasal Azrai ni baik orangnye, lurus dan aku percaya dia ni boleh dipercayai dan dia ni agak bersendirian sikit. Aku cuba bertanya dengan dia kenapa bekerja disini, dia cakap la dah setahun, ketika tu baru habis STPM, hajat dia nak sambung Universiti tapi tak dapat sebab pointer rendah, punye la menyesal tak sudah. Aku cerita la pasal adik aku dapat panggilan U, dia pun tanya kenapa tak masuk, aku jawab la sebab dah masuk politeknik. Rugi betul katenye, yang nakalnye, dia nyesal siap buat sekali dengan memek muka lagi.
Kekadang aku sedih jugak sebab harapan dia menggunung nak belajar tapi tak dapat. Aku cume berharap agar dapat bertemu lagi dengan dia dengan memberi pesanan bahawa belajar itu tidak la semestinya dibangku sekolah saja, di segala tempat ada ilmu dengan berbekalkan kemahuan dan kesungguhan niat di hati, maka akan berjayalah seumur hidup. Dan ingatlah bahwa belajar itu hingga ke liang lahad. Sekadar itulah moralnya.k
Hari kelima aku bekerja
Okeh, nasib malang aku terus menjadi-jadi setelah mesin aku mulai bergerak, kain yang aku pasang tidak melekat kuat pada Blanket mesin dan Origin yang bergerak telah terkena tangan aku, kuat yang amat, mujur tangan aku sempat tarik tapi nak buat camner, dah terkena sikit, luka dan pedih itu lah yang aku rasa sampai hari ini. Pada ketika itu aku seakan tidak banyak ngomong. So aku sudahi dengan moralnye, sebanyak mana dugaan yang kita hadapi, sebanyak itulah kasih sayang yang kita dapati, ingatlah bahawa Tuhan lebih menyayangi kita saat kita jatuh dan dhaif serta bersyukur kerana amat sedikit dikalangan orang-orang yang bersyukur dan sama-samalah berdoa agar kita tergolong dalam golongan tersebut..
Monday 18 January 2010
Hari keempat aku bekerja
Pada hari ini telah menjadi seorang yang berdikari kerana aku telah ditukarkan kepada shif malam, lupa pulak nak maklumkan bahwa kilang aku ni ada shif, pagi, petang dan malam. Kebetulan aku boleh malam so semalam aku dah belajar mengendali mesin sendirian tapi kadang-kadang aku tanya jugak orang sebelah sebab aku dikelaskan oleh supervisor dengan orang baru, so ramai la yang nak bagi tunjuk ajar, pendek kate tolong menolong laa.
Kali ini semuanya aku buat sendiri, tiada lagi cikgu yang duk melihat dan memerhatikan perbuatan aku tapi sebelum ni aku duk di bawah telunjuk cikgu je sampai bila aku nak buat sendiri pun jadi kaget.
Tangan aku penuh dengan cat sebab terlalu gaduh buat kerja, like machine la katakan, kalu tak laju daripada mesin, jawabnye hancur la kain-kain putih tu. Aku lupa nak bagitahu bahwa kelmarin aku dah ade gunting sendiri so senang ckit tak pinjam-pinjam yang orang lain punya.gunting tu aku bawak sentiasa supaya tidak hilang, kalu hilang jugak kene denda rm10, waduh..mahal dari beli sendiri pulak.
Aku telah berkenalan dengan Azmi, Khairul dan supervisor Razlin. Siap aku diperkenalkan dengan Juru Techician Hafis jika berlaku kerosakan mesin. Diorang tanya aku sekolah kat maner so aku kabo je la baru habis belajo kat Indonesia, degree usuluddin. Lalu Razlin pun tanya la kenapa tidak mintak kerja kat lain, kan dah pangkat Ustaz. Aku pun segan la nak kabo, almaklum la aku ni setara maner la belajar, cukup makan pas-pas gitu je. Dah la diorang ni siap panggil aku ustaz lagi, yang nakalnya, Azmi dan Khairul tanya la aku name diorang yang Bahasa Arab ni maksud ape, aku hentam la orang yang berazam dan kebaikan. Lepas dari tahu tu diorang pakat ajuk masing-masing. Khairul ni boleh tahan la muka diye, ala mat rempit gitu, azmi pun ape lagi asyik ajuk khairul baik10x.punye la lembut nada diye macam nak nak kharul belanje makan, macam kucing nak keropok aku dengar.hehe.. Razlin pun mendengar perbualan diorang ni selepas itu dia pulak tanya maksud name dia, aku jawab tak tahu la, pelik sangat, kalu maksud Ruzlan (kijang)..razlin ni tak puas hati la name dia tak tahu maksud, dia pun banyak la bertanya masuk sini tahu maner? Aku pun kabo la yang Hafis ejas untuk aku, punya la dia marah kat Hafis, susah-susah jer perkenalkan aku dengan Hafis, siap bersalam macam baru kenal la..dia pun perli la kat Hafis pandai berlakon, macam hero Hindustan je.hehe. mane ketidaknye, hafis dari darjah lima lagi aku kenal, abang diye tu kawan sekelas, main bola satu padang lagi.
Aku mengantuk?? Tak der la, aku dah minum air Nescafe, sempat la segar mata sampai pagi. Sesekali aku jugak ngomong dengan Azmi, diye banyak bercerita pasal pengalaman diye bekerja buat kain kat Gong Badak, punye la susah katenya, kije 12 jam, gaji cume ckit dan tak patut la. Untuk pengetahuan korang, kat kilang aku pakai aircond tahu, sejuk jugak laa sebab tu aku pakai jaket, kalu ada sarung tangan dan setokin, aku rela je pakai, nak bungkus-bungkus badan macam Santa pun lagi tak per.hehe..
Hari ni adalah hari pertama aku kerja malam, kalu dah duk dalam kilang tu, macam tak tahu siang ke malam sebab asyik ceroh jer, mesin pun 24jam bergerak, kalu berhenti pun masa nak salin gulungan kain ataupun mesin rosak tapi sekejap je la, kan dah ada juru technician so mudah la ckit.
Moralnye, walaupun anda bekerja kat maner dan ape sekali pun kerja anda, ingat la background kita. Sentiasa la bersedia untuk mencurahkan segala mutiara yang telah diambil dan hormatlah kepada ilmu karena keberkatannya terletak pada buruk baik penjagaan kita.k
Sunday 17 January 2010
Hari ketiga aku bekerja
Hari ini aku dapat seorang kawan, namenya Lukman Harun. Bukan kenal sangat, aku yang intai nama dia kat kertas repot, satu lagi sebab dia ada jaga mesin kat sebelah aku so kekadang terdengar jugak mulut murai dia, orangnye tak pernah diam, asyik nak bercakap saja, tapi mujur jugak dia wak bising, gimik sikit tempat kerja, kalu nak harapkan aku, memang tak pandai la, dah la hari ni aku bosan giler, campur plak letih so memang tak cakap banyak la. Si lukman ni asyik nak ajak aku sembang, aku malas la, tak de mood langsung, akhir sekali aku angguk-angguk dan senyum-senyum..habis cite..
Dalam pada bosan-bosan gitu, maka segala hal dan ilham pun, kekadang aku terpikir sendiri, camner la nak buat tak ngantuk? Nak berjalan-jalan pun malas. Oleh itu aku pun menyanyi la macam idola kecil yang baru nak belajo, setakat ni tak de la melalak-lalak macam lukman, aku nyanyi dalam hati n suk seh ckit jer. Habis lagu tubik, mane yang ada dalam benak otok aku ni, keluar belake, walaupun sekerat atau pun serangkap, aku teruskan nyanyi jugak. Tapi satu jer yang aku heran, si lukman ni aku tak leh nak baca lagi camner peribadi diye, tau-tau je la kalu dah banyak bercakap, selain dari pandai kutuk orang dan usik-usik anak dare yang kije kat situ, diye jgk pandai hiburkan hati diye mase diye bosan, habis lagu xpdc, masuk lagu search, pastu kalu dah habis idea nyanyi dikir pulak. Tapi ada satu mase aku terdengar diye mengaji Qur’an, siap lancar lagi. Pelik jugak, dalam hati aku berkata bahawa diye ni bukan orang sembarangan la, myb dari sekolah arab jugak kot. Satu lagi yang aku terkejut lukman ni berlawan cakap dengan seorang perempuan pasal kahwin. Orang puan ni marah la sebab si lukman ni acah nak kahwin 4 orang. Lukman pun jawab dalam keadaan muke selambe, diye kate dalam al-Qur’an pun sebut 2 dahulu, lepas tu 3 n 4, sedangkan kenapa tak sebut satu jer tapi kalu nak lebih atas alasan berkemampuan la, keistimewaan nabi lain pulak, Nabi kahwin 12orang, ada nabi yang sampai 100 orang. Terkejut jugak aku dengar hujah diye, orang puan ni buat tak tahu n lari anak-anak itik.nakal betul.hehe
Moralnya kali ini menyentuh pasal sebuah hadis yaitu mafhumnya : barang siapa tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka berkata-kata baiklah dan jika tidak ada apa-apa untuk diucapkan maka senyaplah.
Thursday 14 January 2010
Hari kedua aku bekerja
Tadi aku terlihat satu poster yang menyatakan demikian “tolong jangan cut design untuk sharing”, yang menarik perhatian dan yang menggeletek hati aku adalah kerana tulisan kecik kat bawah poster tu. Ada ke patut awok-awok ni tulis “Oke la sayang..nanti abang copy saje”..kweng-kweng..tergelak kecil aku dibuatnye, sampai gunting yang aku pegang tersebut pun turut nak suke, mujur tak jatuh dalam gulungan kain. Kalu jatuh, maka terjadi la macam pepatah ada gunting dalam lipatan.hehe.
Kekadang aku bergurau jugak dengan cikgu, dia suke sangat bertanya dan tegur kawan-kawan. Al-kisahnye, aku celoh-celoh jugak perbualan mereka, dalam tengah hebat ngomong-ngomong, aku pun terus buat ayat yang aku ambil dari cite nizam kambing yaitu ade i kesah..punye la pecoh perut awok tu suke aku pun naik heran.ahh lantak depa nak suke, tapi aku dengan peribadi aku jer, senyum dan terus bersenyum…
Oke la, moralnye jangan terlebih gelak kerana perkara itu akan membuatkan hati menjadi gelap dan keras. So cuba la untuk menjaga tatatertib tempat kerja.k
Hari pertama aku bekerja
Dalam pada hari ini, aku praktikal dengan seorang cikgu, Selama aku belajar dengan cikgu tidak pernah duduk diam, asyik disuruh itu, suruh ini. Waduhh..pusing pale den..tapi nak buat camner, dah namenye bekerja, yang menarik perhatian aku mase praktikal dengan cikgu tersebut adalah perkara yang cukup geli hati, ada ke patut cikgu tegur aku kenapa lihat mesin lame sangat, nanti terbakar..macam la aku ni superman. Aku pun satu, termenung tak kenal mase.hehehe.
Setelah puas bermenung, maka aku pun berjalan-jalan dan meronda-ronda. Bukanlah rajin sangat nak tengok orang lain cume nak wak hilang ngantuk j, asyik menguap je. Dah puas sangat, sembang n kenal-kenalan dengan orang yang berdekatan. Pada hari ini aku sudah kenal Cikgu, Din, Solah dan Wan. Nak berkenalan pun susah, kene ada 1 problem baru la mula sembang, pada mulut duk sajer la katakan.
Sejarah hitam hari ini adalah aku tidak memakai alas kaki, so hitam macam sejarah aku jugak, same hitam dengan rambut. Iyer la, aku tengok lantai bersih semacam jer, rupenye kaki aku dah sapu segala hitam-hitam yang tidak nampak.
Oke lah, yang akhir sekali, aku cume nak pesan moralnye, supaya selalu kita beringat dengan satu pepatah yaitu bersusah-susah dulu, bersenag-senang kemudian.. k
Pepatah Masa Kini
Masuk kandang harimau mengaum.
Daripada pemahaman yang dapat ditafsirkan, peribahasa ini digunakan oleh orang dahulu sebagai panduan untuk pengembara atau pemastautin yang datang merantau ke tempat orang. Dimana mereka perlu menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dari segi budaya, cuaca dan sebagainya.
Tapi secara ironiknya kenapa kita perlu mengembek bila masuk kandang kambing. Padahal kita bukan seekor kambing. Dah tentu perbuatan tersebut akan mengambarkan kita benar-benar seekor kambing. Namun begitu, lain pula ceritanya jika pribahasa ini diletakkan pada satu tempat yang sering terjadi dikalangan masyarakat kita. Pribahasa ini boleh kita sandarkan pada orang yang mahukan glamour, membuat kawan atau tempat mengadu. Kekadang jika dilihat, salah juga jika orang cuba-cuba membuat cerita dari seorang teman kepada teman yang lain karena hanya inginkan perhatian juga personality. Lebih memburukkan keadaan lagi, jika menjadikan suatu isu yang kecil kepada besar. Yang mana istilah ini lebih kurang dengan mengumpat dan batu api. Harimau ini akan membaham orang-orang yang dia tidak puas hati walaupun kawan baik dia sendiri, dia cuba menarik perhatian kawan-kawan lain dengan menceritakan sedikit sebanyak rahsia yang dikorek dari kawan baiknya itu. Pabila kembali kepada kawan baiknya itu, maka lain pula ceritanya. Istilah ini bisa disamakan dengan pribahasa lidah bercabang.
Ayuh teman, cuba kita perhatikan sikap masyarakat yang demikian rupa, juga yang paling penting, sikap diri kita sendiri. Adakah ada sifat tersebut ada dalam diri kita? Tidakkah sikap ini akan membuat diri kita lebih jauh dari semua orang jika pecah temelang?
Teringat saya akan lagu Kawan dari kumpulan Hijjaz. Perkara ini jangan diambil remeh karena akan membuatkan masyarakat kita akan lebih buruk dan akan menjejaskan imej Islam itu sendiri. Saya ada mendengar dari rancangan Tahrir As-Syam TV3 yang menyebut tentang peperangan Yahudi kepada bumi Syiria dan Mesir. Penasihat Menteri Mesir pernah menyebut pabila ditemu ramah oleh wartawan Malaysia TV3 bahwa beliau menyatakan ingin membalikkan semula pandangan orang ramai terhadap Islam yang selama ini telah diconteng oleh Yahudi dan Amerika. Beliau menambah lagi bahwa mereka menyatakan orang Islam adalah pengganas tapi sebenarnya Yahudi yang telah mengganas merusakkan Negara Islam juga Imejnya. Pandangan mereka tentang pemakaian tudung dengan dilabelkan sebagai pengganas, padahal tudung adalah keindahan Islam. Demikian ucapan penasihat tersebut. So tidak serikkah telinga kita mendengar yahudi memerangi bumi Islam, atau adakah kita sendiri yang ingin menconteng agama Islam?
p/s: sifat ini termasuk dalam sifat-sifat munafik yang telah saya kaji dari kitab karangan Dr.Aidh Abdullah al-Qarni
Membesarkan Yang Kecil Dan Mengecilkan Yang Besar
Oran munafik biasanya sering membesar-besarkan kejadian. Jika terjadi hal yang mudah dia mempersulitkan dan memperbesarkan, jika mendengar satu orang mujahid terbunuh, komentarnya “saya mendengar 100 orang mujahid terbunuh”. As-Sya’bi berkata: “Jika kita buat 99 kebaikan maka dengan 1 kesalahan saja, dia dapat melupakan kita”. Allah berfirman:
لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْمُرْجِفُونَ فِي الْمَدِينَةِ لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ ثُمَّ لاَ يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلاَّ قَلِيلاً
“Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik, orang- orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan kabar bohong di Madinah (dari menyakitimu), niscaya Kami perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu (di Madinah) melainkan dalam waktu yang sebentar”. (Q.S al-Ahzab: 60).
Mengumpat Orang-Orang Saleh
Setelah mereka bertemu dengan orang shaleh lalu mereka mengumpat, mengejek, melecehkan kehormatan dengan ghibah sesama mereka.
سَلَقُوكُمْ بِأَلْسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى الْخَيْرِ
“mereka mencaci kamu dengan lidah yang tajam, sedang mereka bakhil untuk berbuat kebaikan”. (Q.S al-Ahzab:19)