Thursday, 14 January 2010

Hari kedua aku bekerja


Aku pergi kerja dalam keadaan kenyang lepas makan dan minum. Soal bangun tidur biase la, mesti la lebih awal lagi. Sempat jugak tolong che buat nasi goreng. Setibanya di tempat kerja pada mase yang telah ditetapkan, aku cukup tenang kerana kaki aku tidak akan lagi hitam dan aku dah mulai memakai selipar, siap kebas yang abag ipar aku punye lagi, jangan kasi tahu dia neh.hehe..aku belajar dengan tekun hari sebab supervisor sudah tetapkan aku belajar dengan cikgu di mesin yang no. 2, so maklum la, mesin tu dah lame import, banyak ragam dan perbuatannya pun susah nak set dalam kepala. Tapi setelah aku belajar dengan mesin tua ni, aku berase sangat mudah kerana walaupun manual tapi mudah ditekan. Begitu la seterusnya, aku berfikir jugak, mungkin disebabkan pengetahuan yang aku belajar kelmarin telah menolong aku untuk menjadi mudah kali ini. Aku harap iya akan berterusan mudah. Kerja aku cume menjalankan mesin dan aku ditugaskan memantau dan memegang gunting yang cikgu punye, kot-kot mane la tahu ada benang yang terjuntai, kalu korang nampak, kasi tahu aku la ye, tangan aku pun dah lembut macam gunting.

Tadi aku terlihat satu poster yang menyatakan demikian “tolong jangan cut design untuk sharing”, yang menarik perhatian dan yang menggeletek hati aku adalah kerana tulisan kecik kat bawah poster tu. Ada ke patut awok-awok ni tulis “Oke la sayang..nanti abang copy saje”..kweng-kweng..tergelak kecil aku dibuatnye, sampai gunting yang aku pegang tersebut pun turut nak suke, mujur tak jatuh dalam gulungan kain. Kalu jatuh, maka terjadi la macam pepatah ada gunting dalam lipatan.hehe.

Kekadang aku bergurau jugak dengan cikgu, dia suke sangat bertanya dan tegur kawan-kawan. Al-kisahnye, aku celoh-celoh jugak perbualan mereka, dalam tengah hebat ngomong-ngomong, aku pun terus buat ayat yang aku ambil dari cite nizam kambing yaitu ade i kesah..punye la pecoh perut awok tu suke aku pun naik heran.ahh lantak depa nak suke, tapi aku dengan peribadi aku jer, senyum dan terus bersenyum…
Oke la, moralnye jangan terlebih gelak kerana perkara itu akan membuatkan hati menjadi gelap dan keras. So cuba la untuk menjaga tatatertib tempat kerja.k

0 ulasan:

Post a Comment


selamat datang buat saudara-saudara UIN..blog ini baru dibikin pada 14 January 2010 ..selamat menikmati ('',)
 

El-iNdoNeSy.bLoGsPot.cOm Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Free Blogger Templates © 2008