Monday 18 January 2010

Hari keempat aku bekerja


Pada hari ini telah menjadi seorang yang berdikari kerana aku telah ditukarkan kepada shif malam, lupa pulak nak maklumkan bahwa kilang aku ni ada shif, pagi, petang dan malam. Kebetulan aku boleh malam so semalam aku dah belajar mengendali mesin sendirian tapi kadang-kadang aku tanya jugak orang sebelah sebab aku dikelaskan oleh supervisor dengan orang baru, so ramai la yang nak bagi tunjuk ajar, pendek kate tolong menolong laa.

Kali ini semuanya aku buat sendiri, tiada lagi cikgu yang duk melihat dan memerhatikan perbuatan aku tapi sebelum ni aku duk di bawah telunjuk cikgu je sampai bila aku nak buat sendiri pun jadi kaget.

Tangan aku penuh dengan cat sebab terlalu gaduh buat kerja, like machine la katakan, kalu tak laju daripada mesin, jawabnye hancur la kain-kain putih tu. Aku lupa nak bagitahu bahwa kelmarin aku dah ade gunting sendiri so senang ckit tak pinjam-pinjam yang orang lain punya.gunting tu aku bawak sentiasa supaya tidak hilang, kalu hilang jugak kene denda rm10, waduh..mahal dari beli sendiri pulak.

Aku telah berkenalan dengan Azmi, Khairul dan supervisor Razlin. Siap aku diperkenalkan dengan Juru Techician Hafis jika berlaku kerosakan mesin. Diorang tanya aku sekolah kat maner so aku kabo je la baru habis belajo kat Indonesia, degree usuluddin. Lalu Razlin pun tanya la kenapa tidak mintak kerja kat lain, kan dah pangkat Ustaz. Aku pun segan la nak kabo, almaklum la aku ni setara maner la belajar, cukup makan pas-pas gitu je. Dah la diorang ni siap panggil aku ustaz lagi, yang nakalnya, Azmi dan Khairul tanya la aku name diorang yang Bahasa Arab ni maksud ape, aku hentam la orang yang berazam dan kebaikan. Lepas dari tahu tu diorang pakat ajuk masing-masing. Khairul ni boleh tahan la muka diye, ala mat rempit gitu, azmi pun ape lagi asyik ajuk khairul baik10x.punye la lembut nada diye macam nak nak kharul belanje makan, macam kucing nak keropok aku dengar.hehe.. Razlin pun mendengar perbualan diorang ni selepas itu dia pulak tanya maksud name dia, aku jawab tak tahu la, pelik sangat, kalu maksud Ruzlan (kijang)..razlin ni tak puas hati la name dia tak tahu maksud, dia pun banyak la bertanya masuk sini tahu maner? Aku pun kabo la yang Hafis ejas untuk aku, punya la dia marah kat Hafis, susah-susah jer perkenalkan aku dengan Hafis, siap bersalam macam baru kenal la..dia pun perli la kat Hafis pandai berlakon, macam hero Hindustan je.hehe. mane ketidaknye, hafis dari darjah lima lagi aku kenal, abang diye tu kawan sekelas, main bola satu padang lagi.

Aku mengantuk?? Tak der la, aku dah minum air Nescafe, sempat la segar mata sampai pagi. Sesekali aku jugak ngomong dengan Azmi, diye banyak bercerita pasal pengalaman diye bekerja buat kain kat Gong Badak, punye la susah katenya, kije 12 jam, gaji cume ckit dan tak patut la. Untuk pengetahuan korang, kat kilang aku pakai aircond tahu, sejuk jugak laa sebab tu aku pakai jaket, kalu ada sarung tangan dan setokin, aku rela je pakai, nak bungkus-bungkus badan macam Santa pun lagi tak per.hehe..

Hari ni adalah hari pertama aku kerja malam, kalu dah duk dalam kilang tu, macam tak tahu siang ke malam sebab asyik ceroh jer, mesin pun 24jam bergerak, kalu berhenti pun masa nak salin gulungan kain ataupun mesin rosak tapi sekejap je la, kan dah ada juru technician so mudah la ckit.

Moralnye, walaupun anda bekerja kat maner dan ape sekali pun kerja anda, ingat la background kita. Sentiasa la bersedia untuk mencurahkan segala mutiara yang telah diambil dan hormatlah kepada ilmu karena keberkatannya terletak pada buruk baik penjagaan kita.k

0 ulasan:

Post a Comment


selamat datang buat saudara-saudara UIN..blog ini baru dibikin pada 14 January 2010 ..selamat menikmati ('',)
 

El-iNdoNeSy.bLoGsPot.cOm Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Free Blogger Templates © 2008