Saturday 30 January 2010

SeMinGGu LeBiH


Salam
Telah lama rasanya aku menyepi, kini aku hadir kembali untuk menstorykan pengalaman aku dalam dunia pekerjaan, maklum la, kita ni baru lagi dalam status ini, bukan nak bangga ataupun riya’, cume nak berkongsi pengalaman, mane la tau kot-kot ada yang lebih kurang dengan aku punye cerita, tapi korang jangan tuduh aku ciplak plak, ini asli woo..

Dalam tidak sedar, sudah lewat seminggu aku bekerja, banyak jugak story aku terkubur dalam ingatan, ada jugak yang terlupa, tapi biarlah yang lepas terus menjadi kenangan, yang baru kita cungkilkan kembali kan. Oke la, seminggu sudah aku menjalankan mesin yang lama dan juga seminggu sudah aku menjaga malam demi mencari sedikit rejeki, kini aku bertukar shif, aku ditugaskan menjaga mesin waktu petang, siap boleh mesin baru lagi, memang susah ckit nak faham cara-cara menggerakkan mesin baru tapi tak mengapa, mujur ada saing aku yang bernama Khairul, yang aku cite dulu, budak baik tapi nampak macam mat rempit. Biar la, asal dapat tolong aku dah la, hal lain, dia tanggung sendiri. Setakat ni, dah 4 hari aku pegang mesin baru, hari ini baru la dapat buat sendiri.
Dalam seminggu aku menyepi ni, banyak la asam garam yang aku tempuhi, seperti kelmarin aku kene warning ckit sebab tumpahkan air, setengah jam bersih bawah mesin, mujur tak ada rosak pape, berdebar jugak posen. Dalam pada penyelenggaraan mesin, memang aku tak serik mendapat luka, dah la luka kene print head tak sembuh lagi. Ini dah bertambah banyak, pedih-perit j wase, malang jugak.huhu

Aku juga telah ramai kenal kawan-kawan satu shif dengan aku, seperti Mohd Azmi, Zulhimi, Fakhri, Lan dan ramai lagi, pendek kata, aku tegur belake yang mana ada, kalu mulut tak bunyi, kita masih lagi ada senyuman, yee tak? setakat ini aku mampu tersenyum la, tapi yang biasanya, kebanyakan orang lain yang tegur aku dulu.hehe…
Aku baru sedar bahwa kawan aku ada lagi yang tak faham dengan hukum agama. Memang ramai yang tak faham agama, tanya aku pelbagai hokum, yabg tu biasa la, dah tanggungjawab kita kene jawab tapi yang pelik sorang ni saje, hokum wajib dibiarkan berlalu begitu saja, yaitu yang susah nak sembahyang yaitu kawan yang suke tolong aku, tak leh sebut la, maruah dia kan. Aku cube nak fahamkan tentang halal haram sama dia, cume aku takut nanti pergaulan aku akan tidak semesra dulu, sekarang ni aku cube dekati dia dengan bertanya latar belakang dia dulu, dia cerita la kisah pada dulu-dulu, habis sekolah baiki motor, memang terer la ckit-ckit, siap duk kedai motor kawan dia lagi. Lepas habis SPM baru masuk kerja kilang ni, usrah atau program2 kampung tak masuk, dia saing dengan orang besar-besar belake, sampai sembahyang pun tak tahu kemana. Pernah jugak supervisor sindir dia tentang solat, aku pun masuk sekali, kesian macam nak nangis dia aku tengok, senyap tak tegur sape.huhu..dari itulah aku bertekad untuk mencari jalan lain dalam misi dan visi aku dakwah dia selagi aku masih waras dan berada disamping dia dalam satu kilang, aku perlu berfikir dan mencari taktik baru untuk menyeru dia supaya kenal halal haram dan solat. Tidak cukup dengan sindir dan teguran, perlu jugak ada kesedaran, so taktik menyedarkan orang ni, aku kurang reti ckit, kene bertapa dalam gua dulu setahun.hehehe

Hari keenam aku bekerja


Hari ini aku telah insaf dan sedar bahwa kesilapan kelmarin telah mengajar aku untuk berdiri semula, soal mengantuk aku telah atasi dengan baik dan teratur. Tidur aku cukup untuk menghadapi suasana malamku dengan kerja yang lebih baik lagi. Aku ditetapkan menjaga mesin no2 yang selalu aku jaga setiap malam, pada hari itu kawan aku Azmi tidak hadir dan Azrai yang telah ambil tempat Azmi. Aku try la sembang dengan Azrai, maklum la baru nak berkenalan, orangnye tinggi lampai, umur baru jer 20 tahun, tinggal di Paloh, dia kenal la dengan Boem. Aku tak mboh jugak tahu lebih dalam, takut nanti tersentuh dengan politik, susah la nak bersaing. Setakat ni aku cuba sedaya mungkin untuk tidak mendedahkan identity sebenarnya, takut-takut nanti aku dipersisihkan. Oh ye, pasal Azrai ni baik orangnye, lurus dan aku percaya dia ni boleh dipercayai dan dia ni agak bersendirian sikit. Aku cuba bertanya dengan dia kenapa bekerja disini, dia cakap la dah setahun, ketika tu baru habis STPM, hajat dia nak sambung Universiti tapi tak dapat sebab pointer rendah, punye la menyesal tak sudah. Aku cerita la pasal adik aku dapat panggilan U, dia pun tanya kenapa tak masuk, aku jawab la sebab dah masuk politeknik. Rugi betul katenye, yang nakalnye, dia nyesal siap buat sekali dengan memek muka lagi.

Kekadang aku sedih jugak sebab harapan dia menggunung nak belajar tapi tak dapat. Aku cume berharap agar dapat bertemu lagi dengan dia dengan memberi pesanan bahawa belajar itu tidak la semestinya dibangku sekolah saja, di segala tempat ada ilmu dengan berbekalkan kemahuan dan kesungguhan niat di hati, maka akan berjayalah seumur hidup. Dan ingatlah bahwa belajar itu hingga ke liang lahad. Sekadar itulah moralnya.k

Hari kelima aku bekerja


Erm… aku serba salah sikit nak story, maklum la, ada sometime ckit about this time story. Pada hari itu, aku pergi kerja dalam keadaan mengantuk sangat, sebab tidur tak cukup, mane ketidaknye, waktu tidur aku pergi umah kawan dan seterusnya aku sambung mengajar pada petang tu, salah aku jugak la.tidur tak ikut mase, asyik gi jalan-jalan jer sampai pale otak pun jadi biyul sikit. Pada malam tu aku agak kelewatan dalam 15 minit, mujur supervisor tak marah lebih-lebih. Yang menjadi masalah pada malam tu adalah aku tak sempat nak makan dan membeli makanan,huhu. Kebulur aku jawabnye, siap gelegok lagi perut aku tengok orang lain makan, diorang ni pun satu hal, asal nak makan jer, dekat dengan mesin yang aku jaga, lepas meggi, makan pulak roti canai, pastu nasi minyak, fuhh aromanye masuk dalam hidung aku sampai sendawa, dan hasilnye perut jadi masuk angin.

Okeh, nasib malang aku terus menjadi-jadi setelah mesin aku mulai bergerak, kain yang aku pasang tidak melekat kuat pada Blanket mesin dan Origin yang bergerak telah terkena tangan aku, kuat yang amat, mujur tangan aku sempat tarik tapi nak buat camner, dah terkena sikit, luka dan pedih itu lah yang aku rasa sampai hari ini. Pada ketika itu aku seakan tidak banyak ngomong. So aku sudahi dengan moralnye, sebanyak mana dugaan yang kita hadapi, sebanyak itulah kasih sayang yang kita dapati, ingatlah bahawa Tuhan lebih menyayangi kita saat kita jatuh dan dhaif serta bersyukur kerana amat sedikit dikalangan orang-orang yang bersyukur dan sama-samalah berdoa agar kita tergolong dalam golongan tersebut..

selamat datang buat saudara-saudara UIN..blog ini baru dibikin pada 14 January 2010 ..selamat menikmati ('',)
 

El-iNdoNeSy.bLoGsPot.cOm Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Free Blogger Templates © 2008