Saturday 30 January 2010

Hari keenam aku bekerja


Hari ini aku telah insaf dan sedar bahwa kesilapan kelmarin telah mengajar aku untuk berdiri semula, soal mengantuk aku telah atasi dengan baik dan teratur. Tidur aku cukup untuk menghadapi suasana malamku dengan kerja yang lebih baik lagi. Aku ditetapkan menjaga mesin no2 yang selalu aku jaga setiap malam, pada hari itu kawan aku Azmi tidak hadir dan Azrai yang telah ambil tempat Azmi. Aku try la sembang dengan Azrai, maklum la baru nak berkenalan, orangnye tinggi lampai, umur baru jer 20 tahun, tinggal di Paloh, dia kenal la dengan Boem. Aku tak mboh jugak tahu lebih dalam, takut nanti tersentuh dengan politik, susah la nak bersaing. Setakat ni aku cuba sedaya mungkin untuk tidak mendedahkan identity sebenarnya, takut-takut nanti aku dipersisihkan. Oh ye, pasal Azrai ni baik orangnye, lurus dan aku percaya dia ni boleh dipercayai dan dia ni agak bersendirian sikit. Aku cuba bertanya dengan dia kenapa bekerja disini, dia cakap la dah setahun, ketika tu baru habis STPM, hajat dia nak sambung Universiti tapi tak dapat sebab pointer rendah, punye la menyesal tak sudah. Aku cerita la pasal adik aku dapat panggilan U, dia pun tanya kenapa tak masuk, aku jawab la sebab dah masuk politeknik. Rugi betul katenye, yang nakalnye, dia nyesal siap buat sekali dengan memek muka lagi.

Kekadang aku sedih jugak sebab harapan dia menggunung nak belajar tapi tak dapat. Aku cume berharap agar dapat bertemu lagi dengan dia dengan memberi pesanan bahawa belajar itu tidak la semestinya dibangku sekolah saja, di segala tempat ada ilmu dengan berbekalkan kemahuan dan kesungguhan niat di hati, maka akan berjayalah seumur hidup. Dan ingatlah bahwa belajar itu hingga ke liang lahad. Sekadar itulah moralnya.k

0 ulasan:

Post a Comment


selamat datang buat saudara-saudara UIN..blog ini baru dibikin pada 14 January 2010 ..selamat menikmati ('',)
 

El-iNdoNeSy.bLoGsPot.cOm Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Free Blogger Templates © 2008