Saturday 30 January 2010

SeMinGGu LeBiH


Salam
Telah lama rasanya aku menyepi, kini aku hadir kembali untuk menstorykan pengalaman aku dalam dunia pekerjaan, maklum la, kita ni baru lagi dalam status ini, bukan nak bangga ataupun riya’, cume nak berkongsi pengalaman, mane la tau kot-kot ada yang lebih kurang dengan aku punye cerita, tapi korang jangan tuduh aku ciplak plak, ini asli woo..

Dalam tidak sedar, sudah lewat seminggu aku bekerja, banyak jugak story aku terkubur dalam ingatan, ada jugak yang terlupa, tapi biarlah yang lepas terus menjadi kenangan, yang baru kita cungkilkan kembali kan. Oke la, seminggu sudah aku menjalankan mesin yang lama dan juga seminggu sudah aku menjaga malam demi mencari sedikit rejeki, kini aku bertukar shif, aku ditugaskan menjaga mesin waktu petang, siap boleh mesin baru lagi, memang susah ckit nak faham cara-cara menggerakkan mesin baru tapi tak mengapa, mujur ada saing aku yang bernama Khairul, yang aku cite dulu, budak baik tapi nampak macam mat rempit. Biar la, asal dapat tolong aku dah la, hal lain, dia tanggung sendiri. Setakat ni, dah 4 hari aku pegang mesin baru, hari ini baru la dapat buat sendiri.
Dalam seminggu aku menyepi ni, banyak la asam garam yang aku tempuhi, seperti kelmarin aku kene warning ckit sebab tumpahkan air, setengah jam bersih bawah mesin, mujur tak ada rosak pape, berdebar jugak posen. Dalam pada penyelenggaraan mesin, memang aku tak serik mendapat luka, dah la luka kene print head tak sembuh lagi. Ini dah bertambah banyak, pedih-perit j wase, malang jugak.huhu

Aku juga telah ramai kenal kawan-kawan satu shif dengan aku, seperti Mohd Azmi, Zulhimi, Fakhri, Lan dan ramai lagi, pendek kata, aku tegur belake yang mana ada, kalu mulut tak bunyi, kita masih lagi ada senyuman, yee tak? setakat ini aku mampu tersenyum la, tapi yang biasanya, kebanyakan orang lain yang tegur aku dulu.hehe…
Aku baru sedar bahwa kawan aku ada lagi yang tak faham dengan hukum agama. Memang ramai yang tak faham agama, tanya aku pelbagai hokum, yabg tu biasa la, dah tanggungjawab kita kene jawab tapi yang pelik sorang ni saje, hokum wajib dibiarkan berlalu begitu saja, yaitu yang susah nak sembahyang yaitu kawan yang suke tolong aku, tak leh sebut la, maruah dia kan. Aku cube nak fahamkan tentang halal haram sama dia, cume aku takut nanti pergaulan aku akan tidak semesra dulu, sekarang ni aku cube dekati dia dengan bertanya latar belakang dia dulu, dia cerita la kisah pada dulu-dulu, habis sekolah baiki motor, memang terer la ckit-ckit, siap duk kedai motor kawan dia lagi. Lepas habis SPM baru masuk kerja kilang ni, usrah atau program2 kampung tak masuk, dia saing dengan orang besar-besar belake, sampai sembahyang pun tak tahu kemana. Pernah jugak supervisor sindir dia tentang solat, aku pun masuk sekali, kesian macam nak nangis dia aku tengok, senyap tak tegur sape.huhu..dari itulah aku bertekad untuk mencari jalan lain dalam misi dan visi aku dakwah dia selagi aku masih waras dan berada disamping dia dalam satu kilang, aku perlu berfikir dan mencari taktik baru untuk menyeru dia supaya kenal halal haram dan solat. Tidak cukup dengan sindir dan teguran, perlu jugak ada kesedaran, so taktik menyedarkan orang ni, aku kurang reti ckit, kene bertapa dalam gua dulu setahun.hehehe

0 ulasan:

Post a Comment


selamat datang buat saudara-saudara UIN..blog ini baru dibikin pada 14 January 2010 ..selamat menikmati ('',)
 

El-iNdoNeSy.bLoGsPot.cOm Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Free Blogger Templates © 2008