Wednesday 17 March 2010

Dua Bulan




Dengan basmalah aku mulakan bisikan hati yang terukir dengan pena yang bergerak atas arahan jari jemariku, aku semakin seru dengan kehidupan harian yang terlalu sibuk dengan hiruk pikuk jadual susunan harianku. Perubahan demi perubahan berlaku dalam dunia aku pada hari ini, keadaan sekeliling tidak lagi sama dengan keadaan dahulu, semuanya menjadi baharu dalam sekelip mata. Aku bukannya menulis untuk mengeluh atau menyesal namun hasil kehidupan ku ini insyaAllah akan menjadi tatapan di hari kemudian. Rakan-rakanku di alam pekerjaan aku telah menjadi seribu kenangan, ramai jugak di kalangan kawan sepekerjaanku itu telah meninggalkan premis tersebut yaitu si kilang desa murni. Aku bukannya tidak setuju atau tidak redha dengan pemergian sahabatku itu namun apa lah daya jika sahabatku pergi demi keselesaan dihari kemudian, bermakna mereka telah maju dan terus maju..

Bercakap mengenai pergi, bukan berarti meninggal dunia tapi mereka pindah dan dapat kerja yang lebih baik lagi. Pada mulanya, supervisor aku, Razlin namanya yang pertama kali keluar kerja dan dapat kerja di Besut dengan pangkat Timb Pengarah Perikanan, boleh tahan gaji dia, walaupun aku jarang bermesra tapi dia sering tanya aku soal agama so aku ada jugak kenangan manis dan saham aku dengan dia,hehe.. sahabatku tadi juga telah keluar yaitu Jimie,anak sulung dalam keluarga, tengok dari gaya macam umur 20 tapi dah umur 27, tak sangka pulak setua itu. Orang dia punye lah spoting, yang aku citer dahulu dalam episod dulu, dia ni lah yang share citer2 ngan aku.hehe..wal hal dia masih lagi berhutang citer dengan aku so kalu dia tak ingat, korang tolong peringatkannya deh.huhu..

Kilang desa murni terletak di Pulau Rusa, just nak peringatkan yang aku cume pekerja kilang yang baru capai 2 bulan lebih menurun bakti disana, walaupun aku tidak lagi arif mengerti tentang pergerakan kilang, namun aku cukup terasa bahangnya kerana perubahan yang dibuat sungguh mendadak. Jadual pekerja telah ditukar dan yang aku teliti, jadual terbaru ini lebih menyeksakan dari yang tersedia ada seksa. Bak kata kawan aku, “jadual kafir telah bermula lagi”, bila aku kaji rupanya dahulu kilang ni telah beroperasi demikian pada awal pembukaannya dahulu dan kembali begini semula selepas dari perasmian batik digital yang baru. Katenya mahu memecah record, tapi hakikatnya memecah kepala orang. Mesin tanpa henti, tidak lah mengapa tapi manusia bukannya robot yang pakai letrik macam mesin. Sejak belakangan ini ramai yang tidak sepenuhnya hadir bekerja, maklum la, badan manusia..malas, benci, demam semuanya ada..

Pabila demikian, maka ramai lah orang baru yang dipanggil untuk temuduga dan masuk kedalam shif aku, ada 3 orang. Perubahan demi perubahan sehingga lah sampai tahap kecuaian operator mesin di ambil tindakan, walhal tindakan tersebut dengan memotong gaji tapi siap kene panggil dan kaunseling lagi. Kawan baru aku Adam pun sempat kene panggil, padahal baru sebulan, aku dengar dia dah berhenti, myb peraturan ketat sangat, aku sendiri pun tak berkenan.

Buat waktu ini, aku berkawan rapat dengan wan fakri, dia ni nampak jer ganas dan nakal tapi peramah, aku banyak jugak berkongsi suka-suka dengan dia, saje untuk hilang mengantuk.

Oke lah, cukup di sini sahaja. Tak nak la ngomong lebih2, nanti ada kesalahan susah gue.

0 ulasan:

Post a Comment


selamat datang buat saudara-saudara UIN..blog ini baru dibikin pada 14 January 2010 ..selamat menikmati ('',)
 

El-iNdoNeSy.bLoGsPot.cOm Blak Magik is Designed by productive dreams for smashing magazine Bloggerized by Ipiet Free Blogger Templates © 2008